in , , , ,

Semua Skater Legenda Dari Game Asal Akan Kelihatan Berusia Dalam Tony Hawk’s Pro Skater Remaster

Ketika Tony Hawk’s Pro Skater yang pertama (1999) dan Tony Hawk’s Pro Skater 2 (2000) pertama kali dilancarkan, semua skater yang ditampilkan dalam game tersebut berada di puncak karier.

Maju ke hadapan, tahun 2020, kedua-dua game klasik ini akan di-remastered — Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 telah diumumkan beberapa hari lalu. Apa yang menarik ialah kesemua skater yang pernah tampil dalam game asal akan dikembalikan semula dalam versi remaster ini.

Mengikut peredaran zaman, semua skater asal yang akan dibawa semula ke dalam versi remaster ini akan kelihatan seperti wajah terkini dari dunia sebenar — iaitu sudah berusia. Senang cerita, mereka tidak lagi akan kelihatan muda seperti zaman kegemilangan mereka kira-kira lebih 20 tahun lepas.

Menurut Kotaku, Activision dan Vicarious Visions telah melakukan imbasan wajah kepada skater-skater ini khas untuk game remaster ini. Korang boleh lihat serba sedikit gambaran bagaimana skater-skater legenda ini kelihatan dalam gameplay terbaharu Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 di bawah:

Antara skater yang bakal kembali ialah, semestinya, Tony Hawk yang sudah berumur 52 pada tahun ini, Rodney Mullen (53), Chad Muska (43), Andrew Reynolds (42), Elissa Steamer (44) dan Steve Caballero (55).

Pastinya ini merupakan satu perkembangan yang sangat menarik. Kita membesar dengan game-game ini ketika mereka masih muda, dan bersama-sama dengan usia kita, game remaster ini juga akan ‘membesar’ dengan wajah mereka yang lebih berusia.

Tony Hawk's Pro Skater 1+2 Remaster Diumumkan Untuk PC, PS4 Dan Xbox One, Dilancarkan September Ini

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 akan dilancarkan untuk PC (Epic Games Store), PS4 dan Xbox One pada 4 September ini.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ubisoft Saman Apple Dan Google Kerana Memasarkan Klon Rainbow Six Siege, Area F2

Ubisoft Saman Apple Dan Google Kerana Memasarkan Klon Rainbow Six Siege, Area F2

Disney Menutup Server Haram Club Penguin Online Selepas Ia Menjadi Tempat Penyebaran "Penguin e-sex"

Disney Tutup Server Haram Club Penguin Online Selepas Jadi Tempat Penyebaran “Penguin e-Sex”