in , , , ,

Semua Pemain Call Of Duty: Black Ops Cold War Di 5 Platform Berbeza Boleh Main Bersama, Saksikan Trailer Baru

Activision telah mengeluarkan trailer baharu untuk Call Of Duty: Black Ops Cold War. Trailer kali ini memfokuskan kepada mode Multiplayer yang ada dalam game ini kelak, memaparkan aksi-aksi daripada bermacam kenderaan darat, udara dan laut.

Selain itu, di laman rasminya, Activision telah berkongsikan pelbagai kandungan dan ciri-ciri yang akan dibawakan ke dalam game ini. Paling menarik ialah mereka mendedahkan yang Cold War akan menampilkan Multiplayer yang merentasi platform dan generasi — iaitu cross-play, cross-progression, dan cross-generation.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan dilancarkan ke PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series — bermakna mana-mana pemain dari kelima-lima platform ini akan boleh main Multiplayer bersama antara satu sama lain.

Lebih menarik, kesemua lima platform ini akan diikat dengan profil Activision. Maka, pemain boleh sambung bermain di mana-mana platform, dan semua progression yang telah dicapai akan dibawa bersama.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan dilancarkan pada 13 November.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Harga Dan Tarikh Pelancaran Xbox Series X Diumumkan, Boleh Bayar Ansuran Secara Bulanan

Harga Dan Tarikh Pelancaran Xbox Series X Diumumkan, Boleh Bayar Ansuran Secara Bulanan

Auto Draft

Prince of Persia: The Sands of Time Remake Akan Dilancarkan Januari 2021, Saksikan Trailer