Filem atau siri TV yang melekat dalam ingatan para penonton adalah yang mempunyai muzik di dalamnya yang begitu mengasyikkan. Dan The Witcher terbitan Netflix tidak ketinggalan dalam menyajikan sekian banyak lagu dan runut bunyi yang bagus.
Sejak siri ini mula menambat hati para penonton, kita semua ternantikan bilakah mereka akan melancarkan muzik-muzik yang ada dalam siri ini. Dan bergembiralah kerana akhirnya mereka telah melancarkan secara rasmi muzik tersebut yang boleh didengarkan melalui platform streaming atau membelinya.
Korang boleh klik pautan ini, dan dari situ korang boleh memilih platform manakah yang korang ingin dengarkan seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music atau lain-lain.
https://twitter.com/witchernetflix/status/1220713888263680007?s=20
Kesemua lapan episod musim pertama The Witcher boleh ditonton di Netflix.
Comments
Loading…