in ,

Semua Game Star Wars, Yang Dulu Dan Seterusnya Kini Bawah Satu Jenama – Lucasfilm Games

Mengikut jejak langkah Xbox Game Studios dan PlayStation Studios, Lucasfilm dan Disney kini meletakkan semua game Star Wars, yang dahulu dan akan datang, berada dalam satu jenama — Lucasfilm Games.

Kenyataan ini dikeluarkan di StarWars.com, menyatakan “Lucasfilm Games kini merupakan identiti rasmi untuk semua judul gaming dari Lucasfilm, satu jenama yang merangkumi katalog luas syarikat ini untuk video game dan menjadi pemacu ke arah masa hadapan.”

Mereka turut mengeluarkan satu trailer untuk mengumumkan penjenamaan semula ini, mengumpulkan beberapa game Star Wars (dan kandungan Star Wars di game lain) yang pernah dikeluarkan sebelum ini — antaranya Galaxy of Heroes, Star Wars: The Old Republic, Star Wars: Journey To Batuu (The Sims 4), Star Wars Battlefront II, LEGO Star Wars: The Skywalker Saga, Star Wars: Jedi Fallen Order, Star Wars Squadron, dan banyak lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rekaan motherboard ASUS terkini tiris - ROG, MAXIMUS, PRIME dan TUF Gaming

Rekaan motherboard ASUS terkini tiris – ROG, MAXIMUS, PRIME dan TUF Gaming

Filem Uncharted, Siri TV The Last of Us Hanyalah Permulaan Kepada Lebih Banyak Adaptasi, Kata Sony

Filem Uncharted, Siri TV The Last of Us Hanyalah Permulaan Kepada Lebih Banyak Adaptasi, Kata Sony