Buat pertama kalinya dalam sejarah, Riot Games melancarkan kesemua game PC mereka di luar launcher mereka sendiri.
Kesemua game untuk platform PC keluaran Riot Games — League of Legends, Legends of Runeterra, Teamfight Tactics, dan Valorant — kini boleh dimainkan di Epic Games Store.
Tidak mengambil kira game mobile, ini merupakan kali pertama Riot Games melancarkan mana-mana game PC mereka di luar launcher mereka sendiri, sejak pelancaran League of Legends pada tahun 2009.
Pelancaran game-game ini bukanlah satu-satunya kandungan rentas game antara Riot dan Epic. Jinx dari League of Legends turut dibawakan ke dalam Fortnite sebagai salah satu skin yang boleh dibeli pemain. Skin Jinx itu diambil berdasarkan rekaan dari siri Arcane yang bakal diterbitkan di Netflix.
Comments
Loading…