in , , , , ,

Semua Boleh Main Rocket League Secara Percuma Bermula Minggu Hadapan

Psyonix telah mengumumkan pada Julai lalu bahawa Rocket League akan bertukar menjadi sebuah game yang percuma untuk dimainkan semua (free-to-play). Kemudian, pada awal bulan ini, mereka telah berkongsikan lebih lanjut setiap perubahan yang bakal dibawakan dalam kemaskini akan datang itu.

Terkini, Psyonix akhirnya telah mendedahkan tarikh tepat pelancaran yang bakal menukar model bisnes game bola-sepak-kereta itu. Rocket League akan bertukar menjadi sebuah game free-to-play pada 23 September ini.

Selain mengingatkan tentang ciri-ciri baharu yang telah diumumkan sebelum ini seperti wajah menu baharu, kehadiran cross-progression, dan lain-lain; ada satu lagi berita baik untuk pemain Epic Games Store.

Apabila pemain masukkan Rocket League ke dalam library di Epic Games Store dari 23 September hingga 23 Oktober ini, pemain akan dihadiahkan kupon bernilai USD10. Kupon ini boleh digunakan untuk membeli game atau add-on di platform tersebut yang bernilai USD14.99 ke atas.

Psyonix turut mengeluarkan sebuah trailer sinematik yang mengagumkan untuk meraikan pelancaran ini. Jom layan:

Bermula minggu hadapan, semua pemain di PC, PS4, Xbox One dan Switch bakal menikmati game yang sangat menyeronokkan ini secara percuma. Kepada pemain sedia ada, ajak semua kawan-kawan yang tidak pernah main game ini!

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Kejohanan Rasmi Call of Duty Akan Berpindah Ke PC Pada 2021, Tapi Tetap Guna Controller

Kejohanan Rasmi Call of Duty Akan Berpindah Ke PC Pada 2021, Tapi Tetap Guna Controller

Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Sony Umumkan Harga Dan Tarikh Pelancaran PS5