Awal pagi tadi Sony telah mengadakan acara digital State of Play mereka yang seterusnya. Seperti dinyatakan sebelum ini, tiada sebarang berita tentang hardware PS5 dalam acara kali ini, yang mana ia hanya memfokuskan kepada game-game yang bakal hadir ke PS4, PS VR dan PS5 sahaja.
Sekiranya korang terlepas, ini kami kumpulkan kesemua trailer yang telah dipaparkan.
1. Crash Bandicoot 4: It’s About Time
Menjelang pelancarannya pada Oktober kelak, satu lagi trailer untuk Crash Bandicoot 4: It’s About Time telah dikeluarkan. Kali ini, pengumuman utamanya ialah buat pertama kali dalam francais ini, Dingodile merupakan salah satu karakter yang boleh dimainkan.
2. Trilogi Hitman Dalam VR
Ketiga-tiga game Hitman, termasuklah Hitman 3 yang bakal dilancarkan pada Januari 2021, akan disajikan dengan sokongan pandangan first-person serta pengalaman bermain dalam virtual-reality (VR).
3. Braid
Saksikan trailer terbaharu Braid, sebuah game puzzle platformer yang bermain-main dengan masa.
4. Spelunky 2
Tarikh pelancaran Spelunky 2 telah didedahkan dalam trailer ini, iaitu 15 September 2020.
5. Control Expansion 2 AWE
Saksikan trailer Control Expansion 2 AWE yang memperlihatkan kandungan baharu.
6. Vader Immortal: A Star Wars VR Series
Sebuah game VR yang sebelum ini hanya terdapat di PC, Vader Immortal: A Star Wars VR Series bakal dilancarkan pula ke PS4 pada 25 Ogos ini.
7. Aeon Must Die
Sebuah game fighting bertemakan cyberpunk — Aeon Must Die.
8. Hood: Outlaws & Legends
Hood: Outlaws & Legends mengambil inspirasi daripada kisah legenda Robin Hood. Ia merupakan sebuah game multiplayer PvPvE yang bertemakan rompakan, bakal tiba untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X dan PC pada 2021.
9. The Pedestrian
Sebuah game puzzle platformer yang sangat unik, The Pedestrian bakal tiba ke PS4 pada Januari 2021.
10. Bugsnax
Bugsnax akan dilancarkan pada Krismas 2020. Saksikan trailer terbaharu ini.
11. ANNO: Mutationem
ANNO: Mutationem adalah game 2.5D bertemakan futuristik, bakal tiba pada Disember 2020 untuk PS4.
12. The Pathless
The Pathless adalah sebuah game baharu yang dibangunkan oleh pasukan yang sama membikin ABZU. Trailer yang diperlihatkan ini ialah gameplay daripada PS5.
13. Genshin Impact
Genshin Impact merupakan sebuah game open-world action RPG dengan visual seakan anime.
14. Auto Chess
Setelah mencipta nama cukup besar di PC dan mobile, Auto Chess bakal hadir ke PS4 pula 31 Oktober ini.
15. Temtem
Selepas menggegarkan Steam, game seumpama Pokemon ini akan muncul ke PS5 pada 2021.
16. Godfall
State of Play kali ini diakhiri dengan ulasan gameplay daripada pembangun Godfall — sebuah game action fantasy yang akan hadir ke PC dan PS5 pada hujung tahun ini.
Jadi, amacam? Game mana yang korang paling tertarik dalam acara kali ini? Kongsikannya di ruangan komen.
Comments
Loading…