in , ,

Sempena Hari Kekasih, Sony Keluarkan Iklan PlayStation Yang Agak Aneh

Sempena Hari Kekasih pada hari esok, Sony Interactive Entertainment telah mengeluarkan satu trailer untuk PlayStation 4 yang agak aneh.

Video dimulakan sepasukan skuad elit ingin menggempur satu kawasan bawah tanah. Apabila sampai ke lokasi, mereka terkejut kerana bilik besar itu merupakan satu kilang (?) yang menempatkan sebilangan jantung yang tidak terkira. Kemudian kamera fokus ke satu jantung yang kelihatan ada butang-butang ikonik PlayStation, dan diakhiri dengan ayat “Feel the power of PlayStation”.

Ya memang susah nak jelaskan video ini, sebab itu korang harus tontonnya sendiri di bawah:

Harap-harapnya, ini adalah video PS4 terakhir sebelum mereka memperlihatkan video-video untuk PS5. Dah terlalu lama kita menantikan video untuk PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bos Epic Games Mahu Gaming Tinggalkan Loot Box, “Pengguna Berhak Tahu Apa Yang Mereka Beli”

Map Dust 2 Dari Counter-Strike Dibikin Semula Dalam Fortnite

Map Dust 2 Dari Counter-Strike Dibikin Semula Dalam Fortnite