in ,

Semoga Berjaya, Pra-Tempah PS5 Kali Ke-5 Dibuka Sony Malaysia Tengah Malam Ini

Sony Malaysia telah mengumumkan sesi pra-tempah kelompok kelima untuk PlayStation 5 bagi pasaran tempatan.

Pra-tempah kali ini hanya akan dibuka di laman rasmi Lazada Sony Malaysia, bermula pada 16 April, 12 tengah malam.

Seperti biasa, harga pasaran PS5 adalah RM1,869 (edisi digital) dan RM2,299 (edisi disk).

Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa selepas kebanyakan pra-tempah secara online sebelum ini akan terlepas ke tangan scalper yang akhirnya akan menjual semula PS5 itu dengan harga yang melambung tinggi.

Bulan lalu, Sony Malaysia membuka pra-tempah kelompok keempat secara online dan juga boleh didapati di kedai-kedai fizikal.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pembangun The Day Before Mempertimbang Untuk Lancarkan Ke PS5, Xbox Series

Kabaret: Game Novel Visual Dari Pembangun Malaysia, Bawakan Pelbagai Mitos Nusantara