in ,

Semak Akaun Korang, Sony Sedang Beri Hadiah RM40 Ke Dalam Wallet PSN

Ketika sedang khusyuk meneroka dalam Ghost of Tsushima, Message di PS4 penulis keluar notifikasi, satu mesej istimewa daripada Sony diterima.

Mesej itu menyatakan yang akaun PlayStation Network penulis baru saja menerima hadiah sebanyak RM40 sempena ulangtahun ke-10 PlayStation Plus, sambil mengucapkan terima kasih kepada penulis kerana memilih langganan PlayStation Plus.

Kredit bernilai RM40 ini terus dimasukkan ke dalam Wallet PSN dan boleh digunakan untuk membeli game, DLC atau item-item dalam PlayStation Store.

Bolehlah kita gunakan kredit ini untuk berbelanja dalam Summer Sale yang sedang berlangsung sekarang hingga 18 Ogos ini.

https://twitter.com/faiztobeng/status/1286732620433207296?s=20

Pada ketika ini, Sony tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pemberian hadiah ini. Siapakah dan apakah syarat untuk menerimanya, masih belum kita ketahui. Korang semak sajalah mesej PSN sama ada korang dapat ataupun tidak hadiah ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Watch Dogs: Legion Keluarkan Trailer Resistance - Rekrut Siapa Saja Di Kota London

Watch Dogs: Legion Keluarkan Trailer Resistance – Rekrut Sesiapa Saja Di Kota London

Ghost of Tsushima Pecahkan Rekod PS4, Game IP Baru Paling Laris Dengan 2.4 Juta Unit