in , ,

Selepas West Ham Dan Sporting, UFL Umum Perjanjian Lesen Bersama Shakhtar Donetsk

Strikerz Inc. telah menandatangi perjanjian bersama Shakhtar Donetsk, yang akan menampilkan kelab dari Ukraine itu sebagai salah satu kelab rasmi dalam game bola sepak akan datang, UFL.

Pengumuman ini menandakan kelab yang dikenali dengan gelaran The Miners itu merupakan kelab Eropah Timur pertama yang mengumumkan perjanjian bersama game bola sepak yang sedang dibangunkan itu.

Sebelum ini, dua kelab terawal yang diumumkan akan tampil dalam UFL adalah West Ham United FC dan Sporting CP.

Dalam kenyataan media yang diterima JomGaming, Strikerz menggunakan terma “kerjasama” bersama West Ham United FC, manakala terma “perjanjian lesen” digunakan untuk Sporting CP dan Shakhtar Donetsk.

Di samping itu, dua pemain bola sepak yang sudah diumumkan sebagai duta UFL ialah Oleksandr Zinchenko dan Roberto Firmino.

UFL sedang menjadi perhatian peminat game bola sepak dunia apabila cuba memecah dominasi FIFA dan eFootball (dulu PES). Kekuatan UFL adalah ia merupakan sebuah game percuma (free-to-play), dan tidak mengetengahkan sebarang unsur ‘pay-to-win’.

Buat masa ini, mereka hanya fokus untuk membangunkannya untuk platform konsol, dan masih mempertimbangkan untuk platform PC.

UFL sedang dibangunkan dalam Unreal Engine. Tarikh pelancaran belum diumumkan. Saksikan trailer sinematiknya di sini.

Pada ketika eFootball kini dikecam teruk oleh para peminat tegar PES, manakala EA Sports dan FIFA pula bakal menamatkan kerjasama, UFL kelihatan mampu menjadi alternatif kepada para peminat game bola sepak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PDRM Janji Tangkap Suspek Scammer PS5, 26 Laporan Polis Diterima

Screenshot Pertama Detroit: Become Human Untuk Versi PC Dikongsikan

Game Star Wars Yang Dibikin Quantic Dream Dilaporkan Berjudul Eclipse, Akan Diumumkan Hujung Tahun Ini