in , , , ,

Selepas Video Gameplay Tertiris, Ubisoft Mula Mengacah Sesuatu Untuk Skull & Bones

Skull & Bones boleh dikatakan antara game Ubisoft yang paling lama tergendala pembangunannya pada ketika ini. Diumumkan pada 2017, bertukar pengarahan beberapa kali, dan sehingga kini masih belum ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan.

Satu video berdurasi lebih enam minit telah tertiris di Reddit, memaparkan apakah aktiviti dan aksi yang boleh dinikmati dalam game pertempuran kapal itu. Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, video tersebut telahpun dipadamkan, menandakan Ubisoft telah mengambil tindakan.

Melalui carian kami di Youtube, ada channel yang memuatnaik semula video tersebut. Korang boleh tontonnya di bawah, selagi Ubisoft belum mengambil apa-apa tindakan terhadap video ini.

Dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Kotaku, jurucakap Ubisoft telah mengesahkan bahawa gameplay tertiris ini adalah sahih. Mereka turut mengesahkan yang gameplay ini hadir daripada satu percubaan teknikal yang dijalankan, yang mana ia merupakan versi awal game tersebut yang tidak menggambarkan kualiti dan ciri-ciri bentuk akhir game tersebut. Ubisoft turut menyatakan yang mereka akan berkongsi lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Mungkin gameplay ini dirakam dari Insider Program yang mereka buka pada bulan lalu.

Malah, akaun media sosial Skull & Bones juga telah mula mengacah sesuatu yang akan diperlihatkan dalam masa terdekat, selepas gameplay tertiris ini menjadi tular.

Ubisoft sebelum ini mendedahkan yang Skull & Bones kini dibangunkan dengan fokus sebagai sebuah game multiplayer. Mereka akan menampilkan gameplay yang memfokuskan kepada multiplayer dan co-op dalam persekitaran open-world yang luas dengan latar belakang fantasi.

Ketika pertama kali Skull & Bones diumumkan, ia digambarkan sebagai sebuah game eksplorasi di Lautan Hindi yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan ataupun secara solo.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Microsoft Umum Adakan Acara Khas Xbox, Bethesda Pada Jun Ini Menggantikan E3

Waktu Pelancaran Stray Ditunda – Game Pemain Jadi Kucing Dalam Bandar Futuristik Cyberpunk