Makin laku pulak adaptasi video game menjadi siri animasi/web bersama Netflix!
Di dalam satu tweet Andrew Cosby yang telah dipadam, pemilik Boom! Studios dan penulis skrip francais Hellboy yang sedang di-reboot – beliau di dalam peringkat perbincangan akhir bagi menulis dan menghasilkan siri animasi baru buat Netflix dan Activision, penerbit kepada Blizzard yang memiliki hakcipta Diablo.
Diablo yang telah diterbitkan dalam 3 game merentasi 2 dekad mengisahkan sebuah alam fantasi dipanggil Sanctuary yang terletak di antara High Heavens dan Burning Hells. Dalam Diablo, korang memainkan watak yang melindungi Sanctuary dari serangan Diablo, syaitan Burning Hells dan sekutu-sekutunya makhluk halus dan ganas!
Game ini telah diadaptasi ke novel dan komik, dan ini adalah adaptasi animasi pertama selain daripada cutscenes in-game Diablo yang sememangnya terkenal cukup mendebarkan!
Aduhai Netflix, dah lah penulis sangkut dengan Castlevania yang akan hadir dengan Season 2. Nak keluarkan The Witcher dengan Henry Cavill lagi. Tiba-tiba nak keluarkan Diablo pulak. Well played Netflix! Well played.
Comments
Loading…