in , ,

Selepas Pembelian Crunchyroll, Sony Dilaporkan Akan Masukkan Anime Dalam Langganan PlayStation Plus

Beberapa hari lalu, Sony Pictures Entertainment telah melengkapkan pengambil-alihan servis penstriman yang memfokuskan kepada anime, Crunchyroll dari AT&T.

Pembelian yang dilakukan melalui syarikat Funimation, telah melengkapkan pengambil-alihan yang bernilai USD1.175 billion (sekitar RM4.97 billion). Sony turut mengumumkan yang ketika pengambil-alihan, Crunchyroll memiliki 5 juta pelanggan berbayar dan lebih daripada 120 juta pengguna berdaftar.

Pengambil-alihan ini juga menyaksikan dua jenama besar penstriman, Crunchyroll dan Funimation, kini berada di bawah satu payung yang sama.

“Melalui Crunchyroll dan Funimation, kami komited untuk mencipta pengalaman anime mutlak kepada para peminat dan mempersembahkan peluang unik kepada rakan-rakan kongsi, penerbit-penerbit dan pencipta-pencipta berbakat yang penting untuk meneruskan bagi menyajikan kandungan terbaik mereka kepada para penonton di seluruh dunia,” ujar Pengerusi dan CEO Sony Pictures Entertainment, Tony Vinciquerra.

Menurut Eurogamer, terdapat perancangan yang berpotensi untuk menawarkan Crunchyroll sebahagian daripada langganan PlayStation Plus yang lebih mahal/premium. Dalam kata lain, Sony kemungkinan akan menawarkan satu lagi tingkat langganan PS Plus, di mana pelanggan akan menerima servis Crunchyroll.

Walau bagaimanapun, masih belum ada kata rasmi daripada Sony. Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman daripada mereka.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Streamer Indonesia Ini Terima Sumbangan Hampir RM300k Ketika Bermain Ragnarok X: Next Generation

Saksikan Exodus, Filem Pendek Battlefield 2042, Kisah Permulaan Perang Besar