in , , , , , ,

Selepas Mengacahnya Semalam, Fortnite Battle Royale Tambah Senjata Infinity Blade, Saksikan Pedang OP Ini Beraksi

Kalau korang ikuti laporan kami semalam, pasti tahu tentang permainan aneh yang dibawakan Epic Games. Mereka membuang ketiga-tiga game Infinity Blade dari iOS untuk “pindahkannya” ke dalam Fortnite Battle Royale.

Dan Epic telahpun mengeluarkan kemaskini v7.0.1 untuk Fortnite semalam yang akhirnya membawakan Infinity Blade secara rasmi. Pedang ini akan spawn satu sahaja dalam satu-satu perlawanan dan hanya boleh didapati di lokasi Polar Peak.

Sesiapa yang berjaya (setelah berebut dengan pemain lain) mendapatkan Infinity Blade akan dapat menggunakan pedang yang sangat OP ini. Primary Fire akan memberikan damage sebanyak 75 kepada musuh, dan Alternate Fire pula akan memberikan satu serangan dash yang boleh memusnahkan objek dan musuh (25 damage) di sekitar.

Korang boleh saksikan Infinity Blade ini beraksi dalam video di bawah:

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sesuatu Aneh Sedang Dilakukan Epic Games: Fortnite Diacah Dengan Pedang, Infinity Blade Dibuang Dari iOS

RM7,000 Hadiah Terkumpul Menanti Dalam Pertandingan PES 2019 Di Kuala Lumpur Pada Hujung Minggu Ini