in , ,

Selepas Mendengar Khabar Kerjasama Kojima-Xbox, Ada Peminat PlayStation Buat Petisyen Mohon Batalkan

Di kala Sony dan Microsoft masing-masing rancak dalam ‘perang dingin’ pengambil-alihan pelbagai studio, serta beberapa perjanjian eksklusif lain, ada segelintir peminat yang kurang senang.

Selepas timbul laporan mengatakan kerjasama antara Hideo Kojima dengan Microsoft untuk sebuah game Xbox semakin hampir ditandatangani, ada peminat PlayStation yang nampaknya hilang pertimbangan, telah mengadakan satu petisyen untuk mendesak ikon industri itu membatalkannya.

Petisyen di Change.org itu melabel ‘Kojima sedang mengkhianati para peminat setianya’. Malah ia turut menuduh Kojima ‘dibutakan dengan ketamakan’, dan merasakan mereka perlu ‘menolong beliau kembali ke jalan kemenangan’.

Antara alasan petisyen ini untuk membatalkan kerjasama ini adalah ‘bukan semua orang mempunyai internet yang cukup baik untuk strim game, bukan semua memiliki wang untuk membeli konsol atau bikin PC yang baharu’.

‘Tolonglah, Kojima, jangan tinggalkan kami,’ rayu petisyen itu.

Ketika artikel ini ditulis, kira-kira lebih 500 orang telah tandatangan petisyen tersebut.

Pencipta petisyen ini mungkin tidak sedar bahawa Kojima Productions sebenarnya adalah studio bebas yang bukan berada di bawah payung PlayStation Studios. Death Stranding yang kini hanya terdapat di platform PlayStation (dan PC) hanya kerjasama antara studio itu dengan Sony untuk game tersebut sahaja. Tidak mustahil juga sekiranya Death Stranding dilancarkan pula ke Xbox pada masa akan datang.

Maka, Hideo Kojima dan studionya, Kojima Productions bebas untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk Micorosoft.

Terima kasih, Push Square.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Ambil-Alih Nixxes Software, Syarikat Pakar Dalam Port Game Ke PC

Until We Die: Boleh Beli or Boleh Blah!?