in , , ,

Selepas Lebih Sedekad, Ini Trailer Pertama Filem Uncharted – Nate Terjatuh Dari Kapal Terbang

Setelah lebih daripada 10 tahun pembikinannya tergendala, berubah pengarah, bertukar para pelakon — akhirnya trailer pertama untuk filem Uncharted telah dikeluarkan.

Dibintangi Tom Holland dan Mark Wahlberg sebagai duo sensasi Nathan Drake dan Sully, trailer ini memperlihatkan bermacam babak penuh aksi serta elemen-elemen yang banyak diambil inspirasi dari francais video game asalnya.

Paling menarik, babak ‘money shot’ dalam trailer ini adalah aksi Drake terjatuh keluar dari kapal terbang yang sedang terbang tinggi di udara — aksi ikonik yang diambil dari Unharted 3: Drake’s Deception. Nampaknya laporan awal sebelum ini adalah benar.

Jom saksikan:

Di samping itu, satu lagi video turut dikeluarkan, di mana Holland dan Wahlberg menceritakan serba sedikit gelagat mereka ketika menjalani sesi penggambaran filem tersebut.

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Melalui kerjasama bersama Sony Pictures Entertainment, PlayStation Productions, dan Naughty Dog, filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted akan ditayangkan di pawagam pada 18 Februari 2022. Selepas tamat tayangan di pawagam, ia akan masuk ke Netflix, melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberpunk 2077, The Witcher 3 Versi Konsol Generasi Terkini Ditunda Ke Awal 2022

Sekuel PUBG Mobile, PUBG: New State Akan Dilancarkan Sepenuhnya Pada 11 November Ini