Setelah hampir sejam bersiaran, EA Play Live yang berlangsung pagi tadi ditutup dengan satu game kejutan yang sekian lama dinantikan ramai.
EA telah mengumumkan bahawa sebuah game dari francais Skate sedang dibangunkan. Ia merupakan salah satu francais milik EA yang saban tahun diminta hangat oleh para peminat — sekaligus menjadi pengumuman pembangunan game ini sebagai kejayaan kepada para peminat yang sentiasa mendesak EA.
Walau bagaimanapun, itu sahajalah yang diumumkan mereka. Tiada sebarang butiran lain yang didedahkan. Berjudul Skate 4 atau akan di-reboot? Platform mana? Bila tarikh pelancaran? Masih menjadi tanda tanya.
Comments
Loading…