in ,

Selepas Kerajaan Umumkan Pelaburan RM10j, Razer Pula Akan Melabur RM10j Lagi Untuk Esports Di Malaysia

Antara tarikan dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam ialah pelaburan RM10 juta yang akan diagihkan kepada industri esports tanah air.

Mendengarkan khabar yang cukup positif ini, syarikat perkakasan gaming tersohor dunia, Razer telah mengumumkan yang mereka akan melabur sebanyak RM10 juta juga kepada industri ini di Malaysia. Mengumumkannya melalui laman Twitter, CEO Razer, Min-Liang Tan memuji pelaburan yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia itu dengan mengatakan yang ia adalah suatu yang progresif untuk melabur sebanyak itu untuk golongan belia dan millenial.

Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq membalas pengumuman Min-Liang Tan itu dengan menyatakan penghargaan kepada beliau. “Ini ialah satu langkah mantap dalam mewujudkan satu ekosistem yang lebih besar dan lebih mapan untuk esports di Asia Tenggara,” ujar Saddiq.

Buat masa ini, CEO Razer itu masih belum mendedahkan apakah bentuk pelaburan yang akan dibawakan oleh syarikat gaming gergasi itu. Apakah ia termasuk dalam perancangan mereka yang mengumumkan tentang minat untuk membangunkan bandar hiburan digital di Malaysia, yang pertama di Asia Tenggara? Sama-sama kita tunggu pengumuman mereka seterusnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Diablo Immortal – Bila Blizzard Mula Melangkah Ke Dunia Mobile

Destiny 2 Kini Percuma Untuk Korang Dapatkan Di PC Sehingga 18 November