Syarikat internet dari China, Tencent Holdings meraih sebanyak USD14 juta (RM58.28 juta) dalam masa 72 jam selepas menggantikan game PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile kepada game baru iaitu Game For Peace.

Menurut data dari Sensor Tower, Game For Peace merupakan sebuah game yang boleh dimuat turun secara percuma untuk versi iOS dan merupakan sebuah applikasi yang berada di tangga teratas di Apple App Store di China pada 10 Mei.

Proses kawal selia dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan China telah menyekat Tencent daripada meraih keuntungan dari game PUBG Mobile. Ia telah ditutup pada minggu lepas dan digantikan dengan melancarkan Game For Peace. Permainannya hampir sama seperti PUBG Mobile, pemilik akaun PUBG Mobile boleh memindahkan akaun mereka ke game itu secara automatik.

Game For Peace dilancarkan untuk memberi penghormatan kepada People’s Liberation Army Air Force kerana mempertahankan negara itu. Menurut laman web rasmi game itu, sesetengah gamer berasa gembira dengan game baru tersebut sementara sesetengah netizen membuat lawak jenaka kerana game itu terlalu “sosialis” dan tidak ganas.

Selain video game, kerajaan China juga telah menyekat kandungan sensitif yang mempunyai keganasan, seksual dan politik di setiap platform dari televisyen sehingga ke video game.

Dalam menyokong seruan kempen kerajaan China untuk melindungi kesihatan kanak-kanak dan menghalang ketagihan video game, Game For Peace hanya boleh dimainkan pada usia 16 tahun ke atas. Menurut pengumuman yang diumumkan oleh Tencent pada hari Rabu lalu, waktu bermain akan dihadkan kepada dua jam sehari kepada mereka yang berumur 16 dan 18 tahun.

Sumber: The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.