Bulan lalu, EA telah mengumumkan untuk menghentikan penjualan FIFA Points di Belgium berikutan tekanan yang diberikan oleh kerajaan terhadap kontroversi loot box.

Terkini, nampaknya Konami juga terpaksa mengikut jejak langkah EA dalam membuang penjualan matawang dalam game yang boleh dibeli dengan wang sebenar di Belgium — yang mana dalam PES ia dikenali sebagai myClub Coins.

JomBaca: EA dan FIFA 19 Dibawah Penyiasatan Suruhanjaya Gaming Belgium Kerana Unsur Judi!

Juga seperti dalam siri FIFA, PES mempunyai versi FIFA Ultimate Team nya sendiri, yang dinamakan sebagai myClub. Mode ini membenarkan pemain membeli Coins menggunakan wang sebenar, yang mana Coins ini nanti akan mampu untuk membeli pek yang lebih bernilai.

Apa yang membuatkan proses ini dilabelkan sebagai judi oleh kerajaan Belgium ialah kita tidak tahu apakah pemain yang akan kita peroleh daripada pek tersebut. Game tersebut tidak akan mendedahkan siapakah pemain yang akan dihadiahkan, dan proses “menikam” ini telah dilabelkan sebagai kegiatan judi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Konami, pembuangan jualan Coins di Belgium ini akan dijalankan secara berperingkat untuk PS4, Xbox One dan PC apabila beberapa persediaan yang sepatutnya telah dilakukan.

Selepas pembuangan ini, pemain di Belgium tidak lagi boleh membeli myClub Coins, walau bagaimanapun, masih boleh terus menggunakan Coins sedia ada bersama-sama dengan Coins yang diperoleh secara percuma dengan bermain mode tersebut (termasuk Special Agents).

JomBaca: Pihak Berkuasa Belgium Sahkan Loot Box Adalah Perjudian, Mahu Ia Diharamkan Di Eropah

Selepas kerajaan Belgium berjaya menekan dua game bola sepak terbesar dunia untuk melakukan sedemikian, apakah negara lain akan mengikut langkah ini? Sama-sama kita nantikan.

JomKomen!