in , , ,

Selepas Dota, Siri Animasi League of Legends Pula Akan Ditayangkan Di Netflix

Siri animasi dari dunia game MOBA terkemuka League of of Legends, berjudul Arcane, akan menemui para penonton di Netflix pada tahun ini.

Dijadualkan tiba sekitar musim luruh ini (September-Disember), ia berlatarbelakangkan sebuah rantau utopia, Piltover dan masyarakat bawah tanah yang menderita, Zaun. Siri animasi ini akan membawa penonton mengikuti perjalanan kisah asal-usul dua juara League ikonik serta kuasa yang akan memusnahkan mereka.

Arcane adalah projek yang dibangunkan dan diterbitkan sendiri oleh pembangun game-nya, Riot Games dengan kerjasama Fortiche Productions.

Saksikan teaser trailer Arcane di bawah:

Arcane pertama kali diumumkan pada Oktober 2019. Ketika itu, Riot hanya mengumumkan projek siri animasi itu tanpa menyebutkan di manakah ia akan ditayangkan, dan kini kita telah mengetahui bahawa ia akan ditayangkan di Netflix.

Netflix semakin lama semakin rancak dalam mengadaptasi kandungan dari francais video game, sama ada siri animasi mahupun live-action. Antara yang terbaharu ialah DOTA: Dragon’s Blood, adaptasi dari game terbitan Valve, Dota 2, iaitu pesaing utama League of Legends dalam arena MOBA di PC.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Umum Kerjasama Dengan Discord, Integrasi Ke Dalam PlayStation Network Tahun Depan

Fortnite Memperkenalkan Matchmaking Berdasarkan Skil, Pemain Baru Lawan Dengan Bot

Epic Games Perlu Bayar Sony Untuk Membenarkan Cross-Play Dalam Fortnite, Dedah CEO Epic