Satu kelab keluar, musuhnya mengisi ruang.

Satu pengumuman yang mengejutkan telah diumumkan oleh Konami beberapa hari lalu. Borussia Dortmund telah membatalkan perjanjian kerjasama mereka bersama siri PES, walaupun kontrak mereka itu sepatutnya tamat pada Jun 2020.

Namun, peminat setia PES usahlah terlalu risau. Terbaru, Konami telah mengumumkan kerjasama dengan musuh kepada Borussia Dortmund, kelab yang menduduki tangga liga lebih daripada Borussia Dortmund pada musim 2017/18, iaitu Schalke 04.

“Kelab ini menamatkan liga Jerman pada musim ini di tempat kedua dan menunjukkan komitmen Konami untuk membawakan yang terbaik daripada yang terbaik dari game sebenar kepada peminat PES,” kata Konami.

Dalam komen yang dikeluarkan oleh ahli lembaga FC Schalke 04, Alexander Jobst mungkin ada sedikit memerli pesaing utama PES, siri game FIFA oleh EA Sports:

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama bersama penerbit yang terkenal di seluruh dunia, Konami. Kerjasama ini bermakna kedudukan Schalke sebagai perintis kepada arena esport bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan tetapi turut di peringkat antarabangsa.”

“Tidak seperti yang lain, Konami menyokong peralihan pasaran utama bola sepak kepada padang maya. Kerjasama ini akan juga memberikan peminat dan penyokong kami untuk bermain dengan pasukan sebenar FC Schalke 04 dalam game yang terkemuka di dunia, Pro Evolution Soccer.”

PES 2019 bakal menampilkan jersi rasmi Schalke dan stadium keramat mereka VELTINS-Arena. Stadium itu telah diimbas penuh secara 3D.

PES 2019 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 30 Ogos ini.

JomBaca: Ini Mungkin Wajah Cristiano Ronaldo Dalam PES 2019? Real Madrid Akan Kembali Mendapat Lesen?


PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.