Dua hari lalu, Paramount Pictures telah memuatnaik video trailer pertama untuk filem Sonic The Hedgehog.

Trailer tersebut mendapat kecaman yang sangat hebat daripada para peminat setia karakter ikonik ini. Dan terima kasih kepada kecaman yang bersatu padu ini, rekaan yang kelihatan sangat aneh itu bakal berubah.

Pengarah filem ini, Jeff Fowler telah mengumumkan di akaun Twitter-nya bahawa rekaan tersebut akan diubah. Kata beliau:

“Terima kasih untuk sokongannya. Dan kritikannya. Mesejnya terang dan jelas. Kamu tidak suka dengan rekaannya dan kamu mahukan perubahan. Ia akan dilakukan. Semua di Paramount dan Sega berkomited penuh untuk menjadikan karakter ini yang terbaik.”

Sebelum perubahan ini diumumkan oleh Fowler, para peminat sudahpun mengubahnya sendiri mengikut citarasa masing-masing. Yang paling mendapat perhatian dan mendapat pujian ialah daripada Edward Pun yang korang boleh lihatnya di bawah:

Jadi, kita sudahpun memperoleh kejayaan. Sama-samalah kita berdoa dan tunggu agar rekaannya nanti akan jauh lebih baik daripada yang asal itu.

1 komen

JomKomen!