in ,

Selepas Dikecam, Sony Beri Naik Taraf Percuma PS4/PS5 Untuk Semua Edisi Horizon Forbidden West

Dua hari lalu, Sony telah membuka pra-tempah dan mendedahkan apakah edisi-edisi yang ada untuk Horizon Forbidden West.

Berita tersebut kurang menyenangkan ramai peminat setia PlayStation kerana tiada naik taraf percuma dari versi PS4 ke versi PS5 untuk edisi-edisi yang lebih murah. Dalam kata lain, pemain perlu membeli edisi-edisi yang lebih mahal sekiranya berhasrat untuk beralih dari versi PS4 ke versi versi PS5.

Terkini, Sony telah membuat pusingan-U terhadap perancangan mereka itu setelah dikecam teruk oleh para pemain.

Dalam satu kenyataan yang dikemaskini, President & CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan sendiri telah mengesahkan bahawa kesemua edisi Horizon Forbidden West, tidak kira murah atau mahal, digital atau fizikal, semuanya akan mendapat kedua-dua versi PS4 dan PS5.

Ryan menjelaskan bahawa Horizon Forbidden West pada asalnya diletakkan dalam senarai game yang menawarkan naik taraf percuma, namun disebabkan game sekuel itu telah ditangguh pelancarannya, ada sedikit kekeliruan. Walau bagaimanapun, Sony telah memuktamadkan yang Horizon Forbidden West akan tetap menawarkan naik taraf percuma.

Di samping itu, Horizon Forbidden West merupakan game terbitan PlayStation Studios terakhir yang menawarkan naik taraf percuma ini. Selepas ini, game-game pihak pertama Sony seterusnya akan mengenakan caj USD10 (~RM41) untuk naik taraf dari versi PS4 ke versi PS5, termasuk God of War dan Gran Turismo.

Horizon Forbidden West akan dilancarkan pada 18 Februari 2022 untuk PS5 dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Mobile Akan Mula Masuk Fasa Beta Tahun Ini, Ada Grand Bazaar, Conquest

Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Pencipta God of War Kata Game PlayStation Seterusnya Akan Buat Peminat ‘Hilang Akal’