in , , ,

Selepas Berusia 4 Tahun, Rainbow Six Siege Pecahkan Rekod Jumlah Pemain Serentak Di Steam

Rainbow Six Siege baru sahaja memecahkan rekod game itu sendiri iaitu jumlah pemain serentak pada satu-satu masa di Steam telah mencapai bilangan tertinggi sejak game itu dilancarkan.

Tengah malam tadi, jumlah pemain serentak yang bermain Rainbow Six Siege di telah mencapai lebih 180 ribu pemain, kira-kira empat tahun dua bulan selepas game ini dilancarkan — iaitu pada Disember 2015.

Ini merupakan satu angka yang amat tinggi memandangkan ia hanya diambil dari Steam, tidak mengira lagi bilangan dari Uplay, PS4 dan Xbox One.

Menurut Gamespot, dalam tempoh 24 jam lepas, ketika Siege mencapai rekod ini, ia merupakan game ke-5 yang mengumpulkan jumlah pemain serentak di Steam iaitu sebanyak 180,463. Siege berada di belakang Counter-Strike: Global Offensive (896,092), Dota 2 (647,060), PlayerUnknown’s Battlegrounds (584,139), dan Grand Theft Auto V (228,023).

Siege sememangnya cukup terkenal sebagai sebuah game kompetitif online yang terus disokong dengan pelbagai kandungan dan penambahbaikan yang menarik. Mendengar maklum balas para pemain juga menjadi punca kepada game ini terus menambat hati pemain. Salah satu penambahbaikan terbaharu yang ditunaikan Ubisoft atas permintaan pemain ialah sistem ping seperti dalam Apex Legends.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pendapatan The Witcher 3 Di Steam Kini Dibahagi 80/20 Selepas Berjaya Capai USD50 Juta Sejak Oktober 2018

Microsoft Umumkan Nama Rasmi Xbox Scarlett -- Xbox Series X, Bakal Tiba Akhir Tahun 2020

Microsoft Membenarkan Beli Game Di Xbox One, Dan Memilikinya Secara Automatik Percuma Di Xbox Series X