Menu
in , , , ,

Selepas Banyak Gameplay Tertiris Dari Sesi Percubaan, Battlefield 2042 Keluarkan Gameplay Dalam Tekstur Penuh

Antara sebab utama mengapa pembangun game tidak mahu berkongsi gameplay ketika sesebuah game itu masih dalam bentuk tekstur tidak penuh adalah ia akan memberikan gambaran tidak tepat kepada para peminat umum.

Itulah yang berlaku kepada sesi percubaan teknikal untuk Battlefield 2042 yang berlangsung minggu ini. Banyak video gameplay yang tertiris, memaparkan grafik dan tekstur tidak penuh — maka ada sesetengah peminat yang tidak tahu-menahu akan mengganggap grafiknya terlalu teruk.

Bagi meredakan ketegangan ini, DICE telah memperlihatkan sedikit gameplay dari Specialist Irish dalam satu video pendek. Irish, karakter dari Battlefield 4, didedahkan dalam filem pendek Exodus, diperlihatkan dalam gameplay serta beberapa abiliti dan gear yang ada untuknya.

Dalam gameplay ini, kita dapat saksikan apakah abiliti unik yang dimiliki Irish, iaitu satu perisai kukuh yang boleh dipacakkan di lantai, diberi nama Fortification System — tentunya aksi gameplay dalam tekstur penuh.

Jom layan:

Selain beberapa gameplay dari sesi percubaan ini yang telah tertiris, ada juga pihak yang telah menggali data dari fail sesi percubaan itu. Butiran baharu yang mereka temui adalah mengenai mode Hazard Zone yang dikatakan memiliki banyak persamaan dengan Escape from Tarkov dan Hunt: Showdown.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version