in , , , , ,

Selepas 3 Tahun, Heist Dalam GTA Online Akhirnya Dikemaskini Dengan Kandungan Baru, Saksikan Trailer Ini

Jangan ingat game ini dah ketandusan idea untuk kandungan baru!

Selepas tiga tahun mode Heist dilancarkan dalam GTA Online, akhirnya mode ini akan mendapat kandungan tambahan buat pertama kali. Digelar “The Doomsday Heist”, mode ini juga akan membawakan gameplay co-op bersama 4 orang pemain.

Bermula 12 Disember ini, game yang masih lagi popular walaupun telah dilancarkan sejak 4 tahun lalu ini akan disajikan dengan pengalaman Heist yang baru. The Doomsday Heist akan memfokuskan misi-misi yang lebih bersifat misteri, berskala lebih besar dan ancaman bahaya baru yang terdapat di Los Santos.

Korang boleh saksikan trailernya di bawah yang mana kandungan terbaru ini akan dikeluarkan ke PC, PS4 dan Xbox One:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dari Filem Ke Video Game, Tonton Trailer Pendedahan World War Z Yang Memaparkan Beratus-Ratus Zombi

Tonton Trailer Terbaru Dari PlayerUnknown’s Battlegrounds Yang Memaparkan Map Gurun “Miramar”