in , , ,

Selepas 3 Tahun Bersama PES, Juventus Kembali Eksklusif Dalam FIFA 23

Selama tiga tahun francais game bola sepak keluaran EA menggunakan nama ‘Piemonte Calcio’ sebagai nama tidak rasmi untuk Juventus kerana kelab gergasi dari Itali itu menjalin kerjasama eksklusif bersama Konami dan PES (sekarang eFootball).

Itu semua bakal berakhir kerana EA telah mengumumkan yang Juventus bakal kembali ke pangkuan mereka melalui satu perjanjian eksklusif jangka masa panjang.

EA tidak menyatakan secara spesifik berapa lamakah perjanjian tersebut, namun ia merupakan sebuah perjanjian eksklusif jangka masa panjang, bermula dengan FIFA 23.

Seperti biasa, sesebuah perjanjian eksklusif bermakna kelab itu, termasuk logo, jersi dan stadiumnya, iaitu Allianz Stadium akan hanya dibawakan secara rasmi, eksklusif dalam francais game FIFA.

Selain itu, mereka turut mengumumkan yang pemain tengah kelab tersebut, Claudio Marchisio menjadi pemain terbaharu untuk FUT Hero dalam FIFA 23.

Saksikan trailernya di bawah:

FIFA 23 akan dilancarkan pada 30 September ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Roller Champions Dari Ubisoft Dilaporkan Akan Dibatalkan Tidak Lama Lagi

EA Dilaporkan Sedang Bangunkan Game Single-Player Untuk Black Panther