Usaha tiga tahun tergadai begitu sahaja. Tidak semua perkara yang dirancang akan berjalan dengan lancar kerana akhirnya keputusan muktamad akan diputuskan oleh pihak atasan.
Itulah yang berlaku ke atas projek terbaru yang telah dibatalkan oleh Ubisoft. Menurut Louis de Carufel, pengaturcara grafik di Ubisoft melalui post Twitter-nya yang telah dibuang. Beliau mengatakan bahawa seramai 200 orang telah ditugaskan untuk menyiapkan game terbaru tersebut selama tiga tahun.
Namun, selepas projek terbaru itu telah dibatalkan, 200 orang telah dipindahkan ke projek-projek lain. Carufel pernah bekerja dalam beberapa projek Ubisoft, terutama sekali dalam pembangunan game Splinter Cell: Conviction pada tahun 2010.
Namun, beliau tidak mendedahkan apakah judul game yang dibatalkan itu.
Walaupun telah dibatalkan, namun dari sisi positifnya, mereka yang dipindahkan akan membantu projek-projek Ubisoft yang sedang dihasilkan. Antara projek Ubisoft yang telah disahkan ialah Watch Dogs: Legion dan yang belum disahkan seperti game Assassin’s Creed yang seterusnya serta banyak lagi game keluaran Ubisoft yang masih misteri.
Dalam kebanyakan siri keluaran Ubisoft, siri Prince of Persia yang paling banyak diminta oleh peminat. Khabar angin juga mengatakan siri Splinter Cell mungkin akan kembali pada masa akan datang. Ini kerana terdapat 15 buah projek Ubisoft yang masih dalam pembangunan.
Sumber: GameRant
Comments
Loading…