in

Selepas 11 Tahun, Farmville Akan Menamatkan Riwayatnya Di Facebook Hujung Tahun ini

Korang mungkin telah beberapa tahun meninggalkan game sosial di Facebook yang cukup popular pada suatu ketika dahulu, iaitu Farmville. Namun, apa yang korang mungkin tidak tahu ialah dalam masa tahun-tahun yang sudah berlalu ini, game yang dibangunkan Zynga ini masih lagi beroperasi di platform tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas 11 tahun mengajar kita untuk bercucuk tanam, sejak mula menggegarkan Facebook pada 2009, Farmville akhirnya akan ditamatkan pada 31 Disember 2020.

Faktor yang membawa kepada penutupan ini ialah Adobe tidak akan membekalkan dan mengemaskini Flash Player untuk semua web browser, dan Facebook akan menamatkan sokongan game Flash di platform tersebut. Maka, mahu ataupun tidak, sebagai sebuah game Flash, Farmville terpakasa ditutup di Facebook.

Para pemain masih lagi dibenarkan membuat pembelian item dalam game sehingga 17 November, dan Farmville akan secara rasmi ditutup pada 31 Disember.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Zynga mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang telah bersama game ini selama 11 tahun, serta mengajak para pemain untuk menyertai pula Farmville 2: Tropic Escape, Farmville 2: Country Escape serta Farmville 3 yang akan dilancarkan di peranti mobile.

Apa memori paling tidak boleh dilupakan semasa korang bermain Farmville di Facebook? Bangun awal pagi untuk menuai tanaman? Terlupa untuk tuai sehingga tanaman rosak? Beli barangan hiasan yang tak sepatutnya? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Netflix Akhirnya Umumkan Siri Animasi Resident Evil: Infinite Darkness , Bakal Tiba 2021

Netflix Akhirnya Umumkan Siri Animasi Resident Evil: Infinite Darkness, Bakal Tiba 2021

Peminat Bengang EA Iklankan FIFA Points Dalam Majalah Kanak-Kanak Kerana Perkaitannya Dengan Judi

Peminat Bengang EA Iklankan FIFA Points Dalam Majalah Kanak-Kanak Kerana Perkaitannya Dengan Judi