Salah satu acara esports tempatan terbesar, Selangor Cyber Games kini kembali untuk tahun 2019.

Selangor Cyber Games 2019 akan berlangsung pada 26 dan 27 Oktober ini, dan venue yang dipilih kali ini ialah Central i-City, Shah Alam.

Berbeza dengan Selangor Cyber Games tahun lalu yang mempertandingkan enam game, kejohanan tahun ini akan mempertandingkan empat game sahaja iaitu Dota 2, PUBG Mobile, FIFA 20 dan Tekken 7.

Melalui empat game yang dibawakan ini, hadiah kemenangan terkumpul ialah sebanyak RM215,000. Pembahagian hadiah mengikut game adalah seperti berikut:

  • Dota 2 – RM30,000 (128 pasukan)
  • FIFA 20 – RM55,000 (512 pemain)
  • PUBG Mobile – RM100,000 (512 pasukan)
  • Tekken 7 – RM30,000 (128 pemain)

Segala info lanjut serta pendaftaran boleh dilakukan di SelangorCyberGames.net.

Tahun 2019 menyaksikan anjuran kali ke-6 oleh penganjur bersama Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez. Selangor Cyber Games bermula pada tahun 2014 dan menjadi acara tahunan bagi MSN Selangor sehingga ke hari ini.

Jadi, apa korang tunggu lagi? Jangan tangguh-tangguh untuk mendaftar kerana kejohanan selumayan ini pasti akan penuh slotnya dalam waktu yang singkat!

JomKomen!