in , , ,

Selangor Cyber Games 2018 Tawarkan Hadiah Terkumpul RM250,000, 6 Game Akan Dipertandingkan!

Suku juta ringgit — itu hadiah kemenangan terkumpul yang akan ditawarkan dalam acara esports tahunan di Selangor ini!

Selangor Cyber Games kembali lagi untuk tahun 2018, menawarkan enam game esports yang popular pada masakini. Di bawah adalah butiran lanjut yang korang perlu tahu tentang kejohanan yang bakal dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez ini:

Tarikh: 27 dan 28 Oktober 2018

Venue : EMPIRE CITY
8, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Game yang dipertandingkan berserta jumlah hadiah kemenangan terkumpul dan jumlah pemain:
i. Dota 2 – RM 70,000 (320 Pemain)
ii. PlayerUnknown’s Battleground – RM 20,000 (64 Pemain)
iii. FIFA 19 – RM 60,000 (512 Pemain)
iv. PES 2019 – RM 20,000 (128 Pemain)
v. Tekken 7 – RM 30,000 (164 Pemain)
vi. Mobile Legends: Bang Bang – RM 50,000 (640 Pemain)

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor, Jestin Raj Savarimuthu menyatakan:

“Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor meletakkan esports sebagai medan alternatif bagi kumpulan Millennials & Generasi Z, ianya memberi kita peluang untuk mencapai demografi yang lebih terperinci, orang yang mungkin tidak bersentuhan dengan esports dapat mengalaminya dalam kehidupan biasa mereka”

Segala maklumat lanjut, serta proses pendaftaran boleh korang lakukan di laman web rasmi Selangor Cyber Games.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lagu Tema Kingdom Hearts III Adalah Hasil Kolaborasi Skrillex & Utada Hikaru

CD Projekt Umum Siri Witcher Terbaru – Thronebreaker: The Witcher Tales. Pre-Order Bermula!