Setelah dilancarkan pada November 2018, kemaskini utama yang terakhir untuk Battlefield V akan dikeluarkan oleh DICE pada Jun ini kelak.
Melalui blogpost yang dikeluarkan, DICE mengumumkan bahawa kemaskini pada Jun itu nanti bukanlah Chapter 7, tetapi hanya kemaskini tersendiri yang akan memberikan beberapa kandungan baharu, senjata dan beberapa penambahbaikan untuk gameplay. Mereka akan dedahkan butiran tentang apakah kandungan yang ditampilkan menjelang pelancarannya nanti.
Sepanjang hayat Battlefield V, mereka menggunakan ‘Chapter’ sebagai expansion utama. Game ini telahpun berjaya mengeluarkan sehingga Chapter 6, iaitu Into the Jungle, yang mana ia bakal berakhir pada 29 April ini.
Selepas pelancaran kemaskini pada Jun itu nanti, tiada lagi kandungan seperti map, senjata atau lain-lain akan ditambah. Sebaliknya, Battlefield hanya akan disokong dengan beberapa misi mingguan serta memastikan tahap prestasi game berjalan dengan baik seperti usaha untuk membanteras penipuan (anti-cheat).
Pengumuman ini memberikan petunjuk bahawa DICE semakin memberikan fokus penuh untuk game Battlefield seterusnya, yang mana sebelum sebelum ini telahpun disahkan akan dilancarkan ke konsol generasi akan datang.
Battlefield V kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…