in , , ,

Selain Mobile, Diablo Immortal Akan Turut Dilancarkan Ke PC Pada 2 Jun Ini

Diablo Immortal merupakan sebuah game MMOARPG (massively multiplayer online action-RPG) dalam francais Diablo yang dibangunkan khas untuk platform mobile. Sejak pertama kali diumumkan pada 2018, game itu kini akhirnya bakal dilancarkan pada 2 Jun 2022.

Hari ini, Blizzard telah memberikan satu kejutan apabila mengumumkan bahawa Diablo Immortal juga akan dilancarkan untuk platform PC.

Melalui iOS, Android dan PC, Diablo Immortal merupakan sebuah game percuma (free-to-play) yang akan menyokong cross-play dan cross-progression di kesemua platform ini. Bermakna, pemain boleh bermain di satu platform, sambungnya di platform lain dan semua progression akan dibawa bersama.

Diablo Immortal secara rasminya akan dilancarkan pada 2 Jun ini, namun untuk pasaran Asia Tenggara, ia akan dilancarkan beberapa minggu selepas tarikh tersebut, yang mana masih belum ada tarikh tetap.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Blizzard ada menjelaskan mengapa sebuah game yang dibina khas untuk mobile, akhirnya tetap dilancarkan untuk platform asalnya, iaitu PC.

Menurut Blizzard, membangunkan sekali versi natif untuk PC merupakan satu langkah yang masuk akal kerana mereka merasakan para pemain akan tetap cuba untuk emulate game tersebut di PC. Daripada membiarkan para pemain melakukannya dengan emulator-emulator pihak ketiga yang tidak rasmi, maka lebih baik mereka menyediakannya secara rasmi, dan ia akan membuatkan mereka lebih mudah untuk mengawalnya.

Senang kata, kita boleh katakan Diablo Immortal merupakan sebuah game mobile yang turut boleh dimainkan di PC.

Blizzard berkata menerusi versi PC ini, Diablo Immortal akan mencapai “seramai mungkin pemain — terutamanya para peminat PC kami yang yang paling berdedikasi.”

Walaupun Diablo Immortal akan dilancarkan serentak untuk mobile dan PC, versi PC ini merupakan dalam fasa beta dan Blizzard tetap menggelarkan versi PC ini sebagai “eksperimen”.

Berikut ialah screenshot yang dikongsikan Blizzard, memaparkan perbezaan UI di mobile dan PC.

Korang boleh pra-daftar Diablo Immortal sekarang di pautan ini untuk mendapatkan akses lebih awal.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Video Gameplay Project Q Yang Tertiris, Game Battle Arena Akan Datang Ubisoft

Satu Lagi Petanda The Last of Us Remake Sedang Dibangunkan Naughty Dog