in , ,

Selain Mitologi Norse, God of War Pernah Pertimbangkan Mitologi Mesir, Inca Dan Hindu, Concept Art Didedahkan

Ke mana Kratos berlalu pergi selepas memusnah mitos Greek?

Francais God of War dimulakan dengan menggunakan latar belakang mitologi Greek. Selepas memusnah habis segala dewa yang ada dalam mitologi itu, sambungan kisah Kratos ini perlu berpindah ke mitologi lain pula.

Kita semua sudah mengetahui, dan pastinya ramai sudah bermain dan menghabiskan God of War terbaru yang telah dikeluarkan pada April 2018 lalu — dan ia menggunakan latar belakang Norse dengan cukup baik sekali. Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan yang game ini telah menggabungkan tema dan penceritaan 2 mitologi, iaitu Greek dan Norse, dengan cukup baik sekali.

Namun, apa yang ramai tidak tahu ialah semasa awal pembangunan game ini, terdapat 3 mitologi lain pernah Santa Monica pertimbangkan untuk digunakan. 3 mitologi tersebut ialah Mesir, Inca dan Hindu.

Ketika bercakap di Devcom di Jerman, pengarah God of War, Cory Barlog telah mendedahkan yang mitologi Norse bukanlah satu-satunya dalam fikiran mereka, tetapi turut menyenarai-pendekkan 3 mitologi itu, lapor GameSource (via DualShockers).

Selepas pemilihan lebih teliti, mereka hanya meninggalkan mitologi Norse dan Mesir sebagai senarai untuk dibuat undian terakhir. Keputusan undian oleh pasukan pembangunan tersebut telah berakhir dengan 50-50, dan akhirnya pengarahnya sendiri, Barlog membuat keputusan akhir, dan beliau telah memilih mitologi Norse.

Mitologi Mesir benar-benar sudah memiliki pelbagai bahan yang cukup untuk dibikin sambungan kepada siri God of War ini. Barlog juga telah berkongsi beberapa concept art yang korang boleh lihatnya di bawah:

Gambar di bawah ini pula, korang dapat lihat di mana karakter Atreus tetap ada, dan ia memakai kostum berdasarkan mitologi Mesir.

Barlog turut mendedahkan yang pasukan pembangunannya menghabiskan 3 tahun untuk berbincang tentang kandungan, dan hanya 2 tahun untuk menukarkannya ke dalam sebuah video game. Terdapat banyak perbincangan yang kerap dilakukan tentang apakah kandungan yang ingin dikekalkan atau dibuang.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

5 Benda Korang Patut Tahu Pasal Strange Brigade – Game Shooter Zaman 1930an Melawan Makhluk Mistik

Vietnam Sekali Lagi Buktikan Mereka Gergasi PES Asia Tenggara, Pemain Malaysia Semakin Meningkat Naik