in ,

Selain Kojima dan Del Toro, Junji Ito juga terlibat dalam siri Silent Hill.

Nampaknya Guillermo Del Toro mengumumkan melalui account twitter-nya bahawa Junji Ito merupakan sebahagian pasukan untuk menyumbangkan kreativiti bagi siri Silent Hill yang dibatalkan baru-baru ini! Dengan kehadiran bakat-bakat besar seperti Hideo Kojima, Guillermo Del Toro dan Junji Ito, Silent Hill boleh menjadi sebuah game yang meletop!

shgdttBagi mereka yang kurang mengenali Junji Ito, beliau merupakan seorang mangaka yang sangat dikenali dalam genre seram khususnya dengan karya Tomie dan Uzumaki. Banyak hasil kerja beliau boleh didapati dalam majalah seperti Majalah Kreko.

Berita seperti ini membuatkan penulis tertanya bagaimana agaknya hasil jika siri Silent Hill terbaru itu tidak dibatalkan oleh Konami. Berita seperti ini memang menyedihkan. APA KEJADAH KO NI KONAMI!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six: Siege Tak Akan Ada Single Player Campaign!

Football Manager 2016: Cakap Banyak Tak Guna, Korang Boleh Ke Manage Team Bola?