in

Selain Black Panther, EA Dilaporkan Turut Membangunkan Game Single-Player Iron Man

Minggu lalu, terdapat khabar angin yang mengatakan Electronic Arts sedang membangunkan sebuah game Black Panther.

Terkini, terdapat satu lagi laporan menyatakan yang selain Black Panther, EA turut sedang membangunkan sebuah game single-player Iron Man.

Laporan ini pada mulanya hadir daripada wartawan terkenal Jeff Grubb yang mengatakan selain Black Panther, EA sedang membangunkan beberapa single-player lain seperti sebuah lagi game Marvel, Mass Effect dan single-player dalam universe Apex Legends seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Khabar angin itu kemudiannya dipetik seorang lagi wartawan tersohor, Tom Henderson yang menambah bahawa satu lagi game single-player Marvel yang sedang EA bangunkan itu adalah Iron Man.

Henderson walau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut kerana butiran yang beliau terima juga masih samar-samar dan beliau hanya meletakkan berita ini masih lagi dalam status “khabar angin”.

Jika laporan ini sahih, sebagai sebuah penerbit yang kelihatan “tidak mesra” game-game single-player, nampaknya banyak juga game single-player yang sedang EA bangunkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Di Balik Tabir Bagaimana Rekaan Bunyi Dicipta Dalam F1 Manager 2022

Saksikan Trailer Gameplay Rasmi GigaBash – Kini Dilancarkan Untuk PC, PS5 & PS4