in ,

“Sekurang-kurangnya Dua Game Lagi Untuk PS4” – Naughty Dog

Uncharted 4: A Thief’s End akan dilancarkan pada 18 Mac 2016, yang bakal menjadi penutup bagi kisah Nathan Drake. Jadi, apakah perancangan mereka selepas itu?

uncharted-art

JomBaca: Tokyo Game Show 2015: Trailer UNCHARTED: The Nathan Drake Collection Story

Finder.com yang menemu ramah Community Strategist Naughty Dog, Arne Meyer bukan sahaja yakin yang game-game akan datang Naughty Dog bakal ke Playstation 4, malah beliau juga mengatakan sekurang-kurangnya satu, atau mungkin dua (atau mungkin lebih) lagi game telah dirancang selepas Uncharted 4 untuk generasi platform ini.

Sekiranya dua game kini dalam perancangan Naughty Dog, sudah pasti salah satu darinya adalah The Last of Us 2. Maklumat mengenai sequel kepada game yang menjadi game terbaik bagi generasi Playstation sebelum ini telah banyak bocor, ditambah lagi dengan beberapa figure yang berkait dengan Naughty Dog beberapa kali terlepas cakap mengenainya.

crash-bandicoot

Apa lagi game yang bakal dikeluarkan oleh mereka masih lagi menjadi tanda tanya. Kita sudah tahu bahawa Jak and Dexter tidak akan keluar dalam masa terdekat selepas Meyer sendiri pernah mengatakan sebelum ini bahawa siri tersebut tidak akan keluar dalam masa terdekat. Dan bagi Crash Bandicoot pula, pastinya menerima nasib yang sama seperti Jak and Dexter.last-of-us-1Jadi, adakah The Last of Us 3 juga akan keluar dalam generasi PS4?! Atau adakah mereka sedang mengusahakan satu IP baru?!

Sama-sama kita nantikan!

JomBaca: Uncharted: The Nathan Drake Collection

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Xenoblade Chronicles X: Mempunyai Peta Yang Lebih Besar dari Skyrim, The Witcher 3 dan Fallout 4 Digabung!

Deadpool: Superhero Marvel Mereng Kembali!