Nintendo telah mengumumkan semasa pembentangan E3 2019 pagi tadi, yang mereka kini sedang membangunkan sekuel untuk The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Namun, tiada judul rasmi yang diumumkan untuk sekuel ini.

The Legend of Zelda: Breath of the Wild yang dilancarkan pada tahun 2017 mendapat pujian yang cukup tinggi daripada para pengkritik dan pemain, jadi sekuel kepada game tersebut sememangnya bukan sesuatu yang mengejutkan.

Selain hanya video acah yang dikeluarkan yang korang boleh saksikan di atas, tiada sebarang info lanjut yang didedahkan, jadi sama-samalah kita nantikan pengumuman seterusnya.

JomKomen!