in

Sekuel Shadow Of Mordor Leaked! Dikenali Sebagai Shadow Of War!

Tertiris daripada laman web Target, peruncit gergasi di Amerika.

Dikesan oleh seorang ahli NeoGAF, sekuel kepada Middle-earth: Shadow of Mordor ini akan dikenali sebagai Middle-earth: Shadow of War. Mengambil daripada info yang sudah tertiris, Middle-earth: Shadow of War akan didatangkan dengan 2 edisi iaitu edisi biasa dan Gold Edition dimana ia akan didatangkan dengan Season Pass.

Berikut adalah kandungan bagi Middle Earth: Shadow of War Gold Edition:

• Slaughter Tribe Nemesis Expansion
• Outlaw Tribe Nemesis Expansion
• The Blade of Galadriel Story Expansion
• The Desolation of Mordor Story Expansion
• Gold War Chest

Berikut pula adalah box art bagi keluaran pelantar PlayStation 4.

Jelas sekali kita akan kembali bersama Talion, protagonis dari Shadow of Mordor. Berita yang pastinya mengujakan ramai orang memandangkan Middle-earth: Shadow of Mordor telah mendapat respon yang positif dan dijangka akan diterbitkan untuk pelantar PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Naughty Dog Nafikan Penglibatan Secara Langsung Dalam Pembikinan Filem Uncharted

Naughty Dog Nafikan Penglibatan Secara Langsung Dalam Pembikinan Filem Uncharted

Sony Kagum Dengan Kejayaan PlayStation VR – Jualan Luar Jangkaan!