in , ,

Sekuel PUBG Mobile, PUBG: New State Kini Dilancarkan Sepenuhnya Untuk Android, iOS

Setelah melalui beberapa sesi percubaan, PUBG: New State, iaitu sekuel kepada PUBG: Mobile, kini telah dilancarkan sepenuhnya.

Game battle royale itu kini boleh dimainkan dan dimuat-turun di lebih 200 negara, termasuk Malaysia, dari Google Play, App Store dan Galaxy Store.

Bagi meraikan pelancarannya, Krafton mengadakan kempen global eksklusif “Play With Friends” dari 15 hingga 21 November. Para pemain yang log masuk ke dalam game setiap hari berpeluang untuk memenangi emote dan medal eksklusif dalam game yang boleh digunakan untuk ditukarkan kepada item di store.

Video di bawah adalah video yang dikeluarkan Krafton, berkongsikan apakah pembaharuan yang dibawakan ke dalam sekuel ini.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebelum ini, Krafton mendedahkan bahawa terdapat empat map yang akan ditampilkan semasa pelancaran, termasuklah map berlatarbelakangkan futuristik, Troi dan map asal, Erangel.

Mereka turut menegaskan yang game ini akan sentiasa mendapat kemaskini dengan kandungan-kandungan baharu, gameplay yang ditambahbaik serta servis mengikut musim yang memfokuskan kepada keseimbangan gameplay dan keseronokan.

Selain itu, Krafton kelihatan lebih tegas dalam menangani penipuan (cheating) dengan beberapa langkah anti-penipuan seperti mengharamkan program yang tidak dibenarkan, penggunaan emulator, keyboard/mouse dan sentiasa mengesan dan menghalang sebarang bentuk penipuan.

Terdahulu, ketika masih belum dilancarkan, seramai lebih 50 juta pemain telah melakukan pra-pendaftaran untuk game battle royale mobile ini — meningkatkan 10 juta daripada 40 juta ketika diumumkan September lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pelancaran Steam Deck Ditunda Ke Februari 2022 Kerana Kekurangan Material

Call Of Duty: Vanguard: Boleh Beli or Boleh Blah!?