in , , ,

Sekuel PUBG Mobile, PUBG: New State Akan Dilancarkan Sepenuhnya Pada 11 November Ini

Krafton telah mengumumkan tarikh pelancaran global untuk PUBG: New State, iaitu sekuel kepada PUBG: Mobile.

PUBG: New State akan dilancarkan sepenuhnya di lebih 200 negara pada 11 November 2021.

Pelancaran ini akan dilakukan selepas mereka mengadakan percubaan teknikal terakhir yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Oktober ini di 28 buah negara, termasuk Malaysia.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Krafton mendedahkan bahawa terdapat empat map yang akan ditampilkan semasa pelancaran, termasuklah map berlatarbelakangkan futuristik, Troi dan map asal, Erangel.

Mereka turut menegaskan yang game ini akan sentiasa mendapat kemaskini dengan kandungan-kandungan baharu, gameplay yang ditambahbaik serta servis mengikut musim yang memfokuskan kepada keseimbangan gameplay dan keseronokan.

Selain itu, Krafton kelihatan lebih tegas dalam menangani penipuan (cheating) dengan beberapa langkah anti-penipuan seperti mengharamkan program yang tidak dibenarkan, penggunaan emulator, keyboard/mouse dan sentiasa mengesan dan menghalang sebarang bentuk penipuan.

Akhir sekali, mereka juga mengumumkan, walaupun masih belum dillancarkan sepenuhnya, seramai lebih 50 juta pemain telah melakukan pra-pendaftaran untuk game battle royale mobile ini — meningkatkan 10 juta daripada 40 juta ketika diumumkan bulan lalu.

Korang sudahpun boleh pra-daftar PUBG: New State di iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas Lebih Sedekad, Ini Trailer Pertama Filem Uncharted – Nate Terjatuh Dari Kapal Terbang

PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

PlayStation State of Play Seterusnya Berlangsung Minggu Depan – Fokus Game Pihak Ketiga