Di sebalik pelbagai pesaing yang muncul sejak ia pertama kali diperkenalkan, game yang mempopularkan genre battle royale, PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG terus mempunyai tempat istimewa dalam hati peminatnya.
Kini, muncul laporan terbaharu, yang sekiranya benar, tentu akan menggembirakan ramai pemain PUBG.
Sekuel kepada PUBG atau PUBG 2.0 atau apa saja judul rasminya nanti, dilaporkan sedang dibangunkan. Berita ini dilaporkan oleh media dari Korea Selatan, MTN, dan telah diterjemahkan oleh PlayerIGN.
Beliau mengatakan bahawa PUBG Corp. telah memulakan pembangunan game ini pada tahun lalu, menggunakan nama kod ‘Project XTRM’, dan MTN kini telah mengesahkan bahawa projek itu sebenarnya adalah PUBG 2.0.
Laporan ini turut mengatakan yang game ini sedang dibangunkan untuk platform PC, konsol dan mobile, walau bagaimanapun kemungkinan besar tiada cross-play antara platform akan ditampilkan.
Pembangunan PUBG 2.0 turut dikhabarkan akan diketui oleh ibu pejabat syarikat tersebut di Seoul, Korea Selatan, manakala PUBG Mobile 2.0 pula dibangunkan oleh mereka yang membangunkan PUBG Lite.
Selain info-info ini, tiada butiran lanjut yang didedahkan setakat ini. Seperti biasa, apabila masih dalam status khabar angin, jangan terlalu mengharapkan apa-apa selagi ia tidak diumumkan secara rasmi.
Comments
Loading…