Sebuah sambungan mini untuk Ghost of Tsushima, yang berjudul Ghost of Ikishima, dilaporkan sedang dibangunkan oleh Sucker Punch.
Sekiranya ura-ura ini benar, ia dijangka akan didedahkan secara rasmi semasa acara State of Play oleh Sony, yang mana kita masih belum tahu bila.
Berita ini hadir dari pengasas-bersama XboxEra.com, @Shpeshal_Nick, yang mana beliau mengatakan ianya adalah ‘expandalone’, iaitu sebuah sekuel mini seumpama Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan Uncharted: The Lost Legacy.
Seandainya ia mengikut model yang sama seperti kedua-dua game tersebut, Ghost of Ikishima mungkin akan memperkenalkan seorang protagonis baharu yang bukan Jin Sakai seperti dalam Ghost of Tsushima.
Khabar angin ini turut tidak menyatakan apakah platform pelancarannya, namun kita menjangkakan yang game ini bakal dikeluarkan untuk kedua-dua PS4 dan PS5.
Melalui pemerhatian kami, Pulau Iki terletak di tengah-tengah Selat Tsushima, lebih kecil dan berada di tenggara dari Pulau Tsushima — satu lokasi yang cukup sesuai untuk sebuah sekuel mini game pertamanya.
Comments
Loading…