Seperti dijangka ramai, acara digital PS5 yang berlangsung sebentar tadi telah mendedahkan sekuel kepada Horizon Zero Dawn.
Berjudul Horizon Forbidden West, game ini akan menerokai ke arah kawasan barat Amerika di masa hadapan dengan lebih meluas — seperti dilihat dalam trailer, Aloy pergi ke kawasan-kawasan pantai, berenang di dasar laut, padang pasir dan banyak lagi. Semestinya ia akan membawakan musuh-musuh bermesin yang jauh lebih bahaya.
Mereka walau bagaimanapun tidak mendedahkan bilakah game ini akan dilancarkan.
Jom layan trailer ini: