in , ,

Sekuel Horizon Zero Dawn Dilaporkan Akan Ada Co-Op, Siri Trilogi Sedang Dirancang

Hari demi hari, semakin banyak berita dan laporan tentang sekuel Horizon Zero Dawn yang muncul. Kali ini, banyak butiran yang telah dilaporkan oleh VGC, yang menerimanya daripada beberapa sumber yang mereka percayai.

Kata kunci utama daripada laporan terbaharu ini ialah Sony Interactive Entertainment telah memberikan lampu hijau kepada Guerrilla Games untuk meneruskan pembangunan francais dalam skala yang lebih besar.

Guerrilla dikatakan dari awal lagi ingin membikin trilogi untuk Horizon Zero Dawn. Namun, Sony hanya meluluskan rancangan trilogi ini selepas kejayaan yang telah diperlihatkan melalui game pertamanya yang dilancarkan pada 2017 lalu.

Laporan ini mengatakan lagi bahawa pembangunan sekuel untuk game open-world futuristik-robotik itu telahpun dimulakan setelah game pertama dilancarkan. Asalnya, studio itu berhasrat untuk mengeluarkan sekuelnya untuk PS4, tetapi pembikinin telah beralih fokus ke PS5.

Sekuel Horizon Zero Dawn dikhabarkan mempunyai skop berskala ‘gergasi’ dengan dunia yang lebih luas dan memiliki lebih kebebasan untuk mengembara berbanding game pertama.

Satu laporan yang penulis kira paling menarik ialah game ini kelak akan menampilkan gameplay co-op. Sama ada co-op ini dimainkan bersama story utama atau melalui satu mode yang berlainan, VGC tidak dapat sahkan.

Fungsi co-op dikatakan mahu dimasukkan oleh Guerrilla dalam game pertama lagi, tetapi rancangan itu terpaksa diketepikan untuk memfokuskan terlebih dahulu dalam aspek lain. Malah VGC mengesahkan bahawa satu seni konsep yang pernah tertiris pada 2014 lalu merupakan seni konsep untuk gameplay co-op dalam Horizon Zero Dawn. Melalui seni konsep ini dapat kita lihat pertarungan tiga pemain sedang cuba menumbangkan satu raksasa mekanikal gergasi.

Apa-apa pun, seperti biasa, laporan ini masih lagi dalam status khabar angin. Maka, janganlah terlalu berharap kerana boleh menjadi sahih atau sebaliknya pada bila-bila masanya.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Crash Bandicoot Mobile Dilancarkan, Dapatkan Secara Percuma Di Android Sekarang

Crash Bandicoot Mobile Dilancarkan, Dapatkan Secara Percuma Di Android Sekarang

Pemain Animal Crossing: New Horizons Dari Malaysia Ini Bina Bazar Ramadan Dalam Game

Pemain Animal Crossing: New Horizons Dari Malaysia Ini Bina Bazar Ramadan Dalam Game