Seperti biasa, dalam apa-apa acara Sony, mereka akan letakkan kejutan paling besar di slot terakhir. Begitu juga dalam acara PS5 awal pagi tadi.
Sekuel untuk God of War (2018) telah diumumkan. Walau bagaimanapun, tiada judul rasmi didedahkan, yang mana ia hanya mengacah “Ragnarok is coming”. Santa Monica hanya mendedahkan yang game ini akan dilancarkan pada tahun 2021.
Korang boleh saksikan trailer acah ini di bawah, yang turut memaparkan logo God of War yang baharu serta runut bunyi game tersebut yang ‘berhantu’ itu.
Walaupun trailer acah ini adalah pengumuman terbesar dalam acara pagi tadi itu, namun sekuel kepada God of War ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Siapa yang sudah menghabiskan God of War (2018) untuk PS4, tentunya tahu bahawa penamatnya tergantung dan tersedia untuk disambungkan.
Comments
Loading…