in ,

Sekuel God of War Ditunda Ke 2022, Disahkan Untuk PS4, PS5

Santa Monica Studio telah mengesahkan bahawa waktu pelancaran sekuel kepada God of War (2018) yang asalnya dijadualkan pada tahun ini telah ditunda.

Kini, sekuel yang masih belum ada judul rasmi itu akan dilancarkan pada tahun 2022.

Berita ini diumumkan oleh studio itu dalam satu kenyataan di Twitter. Mereka menegaskan yang penangguhan ini adalah bagi menghasilkan kualti tertinggi untuk game tersebut, dalam masa sama menjaga kebajikan dan keselamatan para pekerja mereka.

Kemudian, dalam satu temubual yang diterbitkan di PlayStation Blog, Pengarah Kanan, Komunikasi Kandungan Sony Interactive Entertainment, Sid Shuman, telah mendedahkan yang sekuel God of War itu akan turut dilancarkan di kedua-dua konsol generasi lama dan baharu — iaitu PS4 dan PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Seterusnya Akan Didedahkan Secara Rasmi Minggu Depan

Terengganu FC Jadi Kelab Pertama Tubuhkan Pasukan Bola Sepak Maya Rasmi Untuk FIFA, PES