Filem reboot Tomb Raider, dibintangi Alicia Vikander, yang dikeluarkan pada 2018 telah mendapat pujian ramai, dan sekuelnya telahpun diumumkan.
Terbaru, satu laporan telah mengatakan bahawa sekuel itu akan mengambil inspirasi daripada dua game Tomb Raider yang paling baru, iaitu Rise of the Tomb Raider (2015) dan Shadow of the Tomb Raider (2018).
Inspirasi ini tidaklah mengejutkan memandangkan filem pertama itu turut mengambil inspirasi daripada game pertama dalam trilogi yang sama, iaitu game Tomb Raider (2013). Senang kata, kedua-dua filem ini, setakat ini, berasaskan trilogi video game Eidos Montreal dan Square Enix.
Menurut Geek Vibes Nation, filem sekuel ini akan diarahkan oleh Ben Wheatley, menggantikan Roar Uthuag yang menjadi pengarah untuk filem pertama. Penggambaran dilaporkan akan dimulakan pada April ini di beberapa lokasi seperti England dan Afrika Selatan. Sekuel ini juga dikatakan akan membawakan lebih banyak elemen mistik luar biasa dari video game.
Filem sekuel ini, yang masih belum ada judul rasmi, dijadualkan akan ditayangkan pada 21 Mac 2021.
Comments
Loading…